Aktiviti mendaki kali pertama untuk tahun 2023. Alhamdulillah cukup indah. Pendakian Gunung Merbabu via Suwanting selesai. Kali nie tiada drama, mendaki dengan senyuman, tiada bebelan (ghiissau sebenarnya.. kata mereke ada tempat yg ”keras”).

Memulakan pendakian pada jam 6.35 pagi di Pintu Rimba. Trek boleh tahan.. memacak (nanjak terus tanpa diskaun). Hilangkan lelah semasa sampai di setiap lembah. Lembah2 nie mcm pit stop. Foto2, minum air, jalan semula. Mcm2 cara nak hilangkan rasa lelah dan penat.. Jalan berenti jalan berenti.. sampai la kami ke Pos 3, berkhemah sama si nopal.. sebelum summit peak esok pagi. Aku smpai pukul 1.20 ke campsites.

Kami berempat sekhemah. Jenuh adjust bila memasing nak kemas beg ? Malam tidoq berhimpit2. Cuaca x sesejuk di homestay. Malam nie hujan turun agak lebat. Harapnya esok cuaca cerah menanti.

3.00 pagi siap2. Makan dulu.. 4.20 mula mendaki.. memang pacak, menanjak terus kata orang Indonesia.. Kaki tetap melangkah, memujuk rasa penat dan lelah.. Dalam hati berkata, perlahan takpe, janji sampai puncak. Trek ke puncak masih lagi ok jika dibandingkan dengan trek di Semeru atau Rinjani. Tanah hitam seakan padat dek kerana hujan.

Jam menunjukkan pukul 5.06 pagi. Tak sampai lagi di puncak Suwanting, matahari mula menampakkan sinar. Kalau di teruskan ke puncak, tak tahu pukul berapa nak sampai.. Jadi nikmati sunrise di kaki gunung. Subhanallah memang cantik. Habis berfoto2.. meneruskan perjalanan.. tiba di puncak Suwanting, ternampak geng2 menapak ke puncak.. jauh lg nak sampai wei.. foto2 lagi..

Mula menapak kembali. Waktu nie nampak pendaki turun dah mula tanya… jauh lagi ke.. rasanya dari bawah semua cakap 45 minit, pastu makin menaik pun masa tak kurang juga. Mental mula koyak.. tanya lagi .. ya ibu .. dalam 1/2 jam lagi..depan tu landai, lepas tu nanjak dalam 10 minit udah sampei .. hakikatnya.. hmmm .. jalan dan dan jalan, nanjak dan nanjak.. mana nie.. dengar suara org.. mcm dekat tp jauh.. akhirnya kami sampai di Puncak Triangulasi pada 6.20 pg.

Habis sesi gambar di sini kami ke Puncak Kentensongo utk berfoto.. Dah siap foto2 kami pun turun nak balik campsite.. Subhanallah.. Tak jemu berfoto.. sana sini semua cantik.. Sampai di campsite.. lunch.. dan mula bergerak turun.. Fuh.. rupanya turun lebih mental.. barai abis.. kaki melecet, tumit kiri dan ibu jari kaki kanan.. jenuh seret kaki.. Lain gunung, lain pengalaman. Biar slow, janji sampai ke puncak.. Terima kasih kepada guide adik Syerah, Kembara Niqabis.. Semua ok, cuma homestay aje kalau boleh nak yg lebih sempurna.. ?

Jom layan gambar2.. taknak tengok swipe aje..

Catatan jet lag lagi dan lagi ?
Anne Hussin
Januari 2023

Ada rencana ke Gunung Merbabu bisa langsung hubungi admin +6281-3388-999-54 untuk mendapatkan penawaran terbaik mulai dari paket eksekutif, ekonomi atau paket sesuai kebutuhan ada, kita tidak hanya di gunung Merbabu saja, gunung di sekitar merbabu juga bisa seperti Gunung Sumbing Gunung Sindoro Gunung Lawu dan Gunung Slamet.

Info Trip
Instagram :
@tripgunungindonesia
@sindorosumbingtrip

Fanepage :
Anak Gunung Indonesia Trip

Whatsapp :
+6281338899954

Website patner :
www.anakgunung.com

Categorized in: